Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن الله - تعالى - باهى بالناسِ يومَ عرفة عاماً وباهى بعمر ابن الخطاب خاصةً.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah SWT berbangga dengan manusia pada hari Arafah secara umum dan berbangga dengan Umar bin al-Khattab secara khusus.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 739, hadis no. 3779. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن الله - تعالى - باهى بالناس يوم عرفة عاما وباهى بعمر ابن الخطاب خاصة)). [الجرجاني، ابن عساكر، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (3054)]
(Batil) Daripada Ibn Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT berbangga dengan manusia pada hari Arafah secara umum dan berbangga dengan Umar bin al-Khattab secara khusus. [Riwayat al-Jurjani, Ibn Asakir dan Ibn al-Jauzi dalam al-Wahiat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3054]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman