Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT apabila mahu membinasakan seorang hamba, maka Dia akan mencabut daripadanya perasaan malu

Teks Bahasa Arab

إن اللهَ إذا أراد أن يُهْلِكَ عبدًا نَزَع منه الحياءَ، فإذا نزع منه الحياءَ لم تَلْقَهُ إلا مَقِيتًا مُمَقَّتًا، فإذا لم تَلْقَهُ إلا مَقِيتًا ممقوتًا نُزِعَتْ منه الأمانةُ، فإذا نُزِعَتْ منه الأمانةُ لم تَلْقَهُ إلا خائنًا مُخَوَّنًا، فإذا لم تَلْقَهُ إلا خائنًا مُخَوَّنًا نُزِعَتْ من الرحمةُ، فإذا نُزِعَتْ منه الرحمةُ لم تَلْقَهُ إلا رجيمًا ملعونًا، فإذا لم تَلْقَهُ إلا رجيمًا ملعونًا نُزِعَتْ منه رِبْقَةُ الإسلامِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah SWT apabila mahu membinasakan seorang hamba, maka Dia akan mencabut daripadanya perasaan malu. Apabila telah hilang sifat malu daripadanya, Dia tidak akan bertemu dengannya melainkan dalam keadaan benci dan murka. Apabila Allah SWT tidak bertemu dengannya melainkan dalam keadaan benci, maka akan dicabut daripadanya sifat amanah. Apabila telah dicabut sifat Amanah, maka dia tidak akan bertemu dengan-Nya melainkan dalam keadaan khianat dan dikhianati. Apabila dia tidak bertemu dengannya melainkan dalam keadaan khianat dan dikhianati, maka akan dicabut darinya sifat rahmah. Apabila telah dicabut daripadanya sifat rahmah, maka dia tidak akan bertemu dengan-Nya melainkan sebagai seorang yang direjam dan dilaknat. Maka apabila dia tidak bertemu dengan-Nya kecuali dalam keadaan direjam dan dilaknat, maka akan tertanggallah daripadanya ikatan Islam.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 48, hadis no. 193. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن الله إذا أراد أن يهلك عبدا نزع منه الحياء، فإذا نزع منه الحياء لم تلقه إلا مقيتا ممقتا نزعت منه الأمانة، فإذا نزعت منه الأمانة لم تلقه إلا خائنا مخونا، فإذا لم تلقه إلا خائنا مخونا نزعت منه الرحمة، فإذا نزعت منه الرحمة لم تلقه إلا رجيما ملعنا، فإذا لم تلقه إلا رجيما ملعنا نزعت منه ربقة الإسلام)). [ه، ((الضعيفة)) (3044)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT apabila mahu membinasakan seorang hamba, maka Dia akan mencabut daripadanya perasaan malu. Apabila telah hilang sifat malu daripadanya, Dia tidak akan bertemu dengannya melainkan dalam keadaan benci dan murka. Apabila Allah SWT tidak bertemu dengannya melainkan dalam keadaan benci, maka akan dicabut daripadanya sifat amanah. Apabila telah dicabut sifat Amanah, maka dia tidak akan bertemu dengan-Nya melainkan dalam keadaan khianat dan dikhianati. Apabila dia tidak bertemu dengannya melainkan dalam keadaan khianat dan dikhianati, maka akan dicabut darinya sifat rahmah. Apabila telah dicabut daripadanya sifat rahmah, maka dia tidak akan bertemu dengan-Nya melainkan sebagai seorang yang direjam dan dilaknat. Maka apabila dia tidak bertemu dengan-Nya kecuali dalam keadaan direjam dan dilaknat, maka akan tertanggallah daripadanya ikatan Islam. [Riwayat Ibn Mājah dalam Sunannya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3044]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.