Sesungguhnya Allah SWT apabila Dia reda dengan hamba-Nya, dia akan menggandakan kebaikan hamba-Nya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله إذا رضي عن العبد أثنى عليه سبعة أضعاف من الخير لم يعملها، وإن سخط عليه أثنى عليه سبعة أضعاف من الشر لم يعملها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT apabila Dia reda dengan hamba-Nya, dia akan menggandakan kebaikan hamba-Nya sebanyak tujuh kali (padahal hamba itu) tidak lakukan amalan itu, dan apabila Dia murka kepada hamba-Nya, dia akan menggandakan keburukan hamba-Nya sebanyak tujuh kali (padahal hamba itu) tidak pun lakukan amalan itu.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1822, hadis nombor 9184. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي سعيد الخدري -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله إذا رضي عن العبد أثنى عليه سبعة أضعاف من الخير لم يعملها، وإن سخط عليه أثنى عليه سبعة أضعاف من الشر لم يعملها)). [حم، حب، حل، أبو نعيم في ((الأخبار))، ع، الحارث، عبد بن حميد، هب، ابن الجوزي في ((العلل المتناهية))، ((الضعيفة)) (3046)]

(Munkar) Daripada Abū Sa‘īd al-Khudrī RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT apabila Dia reda dengan hamba-Nya, dia akan menggandakan kebaikan hamba-Nya sebanyak tujuh kali (padahal hamba itu) tidak lakukan amalan itu, dan apabila Dia murka kepada hamba-Nya, dia akan menggandakan keburukan hamba-Nya sebanyak tujuh kali (padahal hamba itu) tidak pun lakukan amalan itu. [Riwayat Aḥmad bin Ḥanbal dalam al-Musnad, Ibn Ḥibbān dalam Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’ dan Akhbār Aṣbahān, Abū Ya‘lā dalam al-Musnad al-Kabīr, al-Hārith bin Abī Usāmah dalam Musnadnya, ‘Abd bin Ḥumaid dalam al-Muntakhab min al-Musnad, al-Baihaqī dalam Shu‘ab al-Īmān, Ibn al-Jauzī dalam al-‘Ilal al-Mutanāhiyah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3046]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs