Sesungguhnya Allah SWT akan menguji setiap daripada kamu dengan ujian

TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليجرب أحدكم بالبلاء وهو أعلم به؛ كما يجرب أحدكم ذهبه بالنار: فمنه ما يخرج كالذهب الإبريز؛ فذلك الذي نجاه الله من الشبهات، ومنه ما يخرج كالذهب دون ذلك؛ فذلك الذي يشك بعض الشك، ومنه ما يخرج كالذهب الأسود؛ فذلك الذي قد افتتن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT akan menguji setiap daripada kamu dengan ujian yang mana Dia lebih mengetahui tentang (hikmah)nya, seperti mana halnya salah seorang daripada kamu menguji emas dengan api; didapati sebahagian daripada emas tersebut keluar sebagai emas berkilauan, maka itulah perumpamaan mereka yang Allah SWT selamatkan daripada keraguan, sebahagian yang lain keluar sebagai emas namun tidak berkilau, itulah perumpamaannya mereka yang mempunyai keraguan, dan sebahagian lain keluar sebagai emas yang hitam, dan itulah perumpamaan mereka yang telah termakan tipu daya dalam ujian.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 485, hadis nombor 2609. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي أمامة –رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله ليجرب أحدكم بالبلاء وهو أعلم به؛ كما يجرب أحدكم ذهبه بالنار: فمنه ما يخرج كالذهب الإبريز؛ فذلك الذي نجاه الله من الشبهات، ومنه ما يخرج كالذهب دون ذلك؛ فذلك الذي يشك بعض الشك، ومنه ما يخرج كالذهب الأسود؛ فذلك الذي قد افتتن)). [ابن أبي الدنيا في ((الكفارات))، الأصفهاني، ((الضعيفة)) (4995)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Umamah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT akan menguji setiap daripada kamu dengan ujian yang mana Dia lebih mengetahui tentang (hikmah)nya, seperti mana halnya salah seorang daripada kamu menguji emas dengan api; didapati sebahagian daripada emas tersebut keluar sebagai emas berkilauan, maka itulah perumpamaan mereka yang Allah SWT selamatkan daripada keraguan, sebahagian yang lain keluar sebagai emas namun tidak berkilau, itulah perumpamaannya mereka yang mempunyai keraguan, dan sebahagian lain keluar sebagai emas yang hitam, dan itulah perumpamaan mereka yang telah termakan tipu daya dalam ujian.
[Riwayat Ibnu Abi Dunya dalam Al-Kaffarat, al-Asfahani. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 4995]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs