Sesungguhnya Allah SWT akan mengahwinkan aku dengan Maryam binti ‘Imran

TEKS BAHASA ARAB

إن الله زوجني في الجنة مريم بنت عمران وامرأة فرعون وأخت موسى.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT akan mengahwinkan aku dengan Maryam binti ‘Imran, isteri Firaun dan kakak Musa di syurga kelak.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1074, hadis nombor 5470. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن سعد بن جنادة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إن الله زوجني في الجنة مريم بنت عمران وامرأة فرعون وأخت موسى. [طب، الضعيفة 5885]

(Lemah) Daripada Sa‘d bin Junadah ra, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT akan mengahwinkan aku dengan Maryam binti ‘Imran, isteri Firaun dan kakak Musa di syurga kelak. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Dha’ifah (5885)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs