Classification icon

Tiada Asal Baginya

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah SWT akan menangguh hukuman hudud bagi golongan hamba

Teks Bahasa Arab

حديث: إِنَّ اللَّهَ أَخَّرَ حَدَّ الْمَمَالِيكِ وَحَدَّ أَهْلِ الذِّمَّةِ إِلَى يَوْمِ القيامة.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesungguhnya Allah SWT akan menangguh hukuman hudud bagi golongan hamba dan ahli zimmah kepada hari kiamat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Tiada Asal Baginya

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 205, hadis no. 19. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

لا أصل له.

Tidak ada asalnya.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.