Sesungguhnya Allah SWT akan membangkitkan kamu pada hari kiamat sebagai golongan yang jahat

TEKS BAHASA ARAB

أن النبي ﷺ أتى جماعة من التجار فقال: يا معشر التجار فاستجابوا لَهُ ومدوا إليه أعناقهم يا معشر التجار إن الله باعثكم يوم القيامة فجارا إلا من صدق ووصل وأدى الأمانة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi SAW telah pergi kepada sekumpulan peniaga, lalu Baginda SAW bersabda: Wahai para peniaga sekalian. Lalu mereka pun menyahut dan memanjangkan leher mereka ke arah Baginda SAW (menjenguk). Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT akan membangkitkan kamu pada hari kiamat sebagai golongan yang jahat, melainkan mereka yang jujur, menyambung hubungan kekeluargaan dan yang menunaikan amanah.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 138, hadis nombor 692. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس رضي الله عنها قال: أن النبي ﷺ أتى جماعة من التجار فقال: يا معشر التجار فاستجابوا ومدوا إليه أعناقهم؛ فقال: إن الله باعثكم يوم القيامة فجاراً إلا من صدق ووصل، وأدى الأمانة. [ابن حبان في الضعفاء، ابن الجوزي، الطبري في الهذيب الآثار، طب، الضعيفة (6067)].

(Munkar) Daripada Ibn ‘Abbās RA, beliau berkata: Nabi SAW telah pergi kepada sekumpulan peniaga, lalu Baginda SAW bersabda: Wahai para peniaga sekalian. Lalu mereka pun menyahut dan memanjangkan leher mereka ke arah Baginda SAW (menjenguk). Baginda SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT akan membangkitkan kamu pada hari kiamat sebagai golongan yang jahat, melainkan mereka yang jujur, menyambung hubungan kekeluargaan dan yang menunaikan amanah. [Diriwayatkan oleh Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn al-Jawzī dalam al-Mawḍū‘āt, al-Ṭabarī dalam Tahdḥīb al-Āthār, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6067)]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.