Sesungguhnya Allah SWT akan memakmurkan kawasan sesuatu kaum dan memperbanyakkan bagi mereka harta

TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليعمر للقوم الديار، ويكثر لهم الأموال، وما نظر إليهم منذ خلقهم بغضا لهم، قيل: وكيف ذلك يا رسول الله؟ قال: بصلتهم أرحامهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah SWT akan memakmurkan kawasan sesuatu kaum dan memperbanyakkan bagi mereka harta. Dan Allah SWT tidak pernah memandang mereka dengan kebencian semenjak Dia mencipta mereka.’’ Ditanyakan: “Dan bagaimanakah yang demikian itu wahai Rasulullah?” Baginda SAW telah menjawab: ‘’Disebabkan mereka menghubungkan ikatan kekeluargaan sesama mereka”.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 33, hadis nombor 120. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الله ليعمر للقوم الديار، ويكثر لهم الأموال، وما نظر إليهم منذ خلقهم بغضا لهم، قيل: وكيف ذلك يا رسول الله؟ قال: بصلتهم أرحامهم)).
[المخلدي في ((الفوائد))، طب، حل، الضياء، تمام، ك، الواحدي في ((الوسيط))، ((الضعيفة)) (2425)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbās RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah SWT akan memakmurkan kawasan sesuatu kaum dan memperbanyakkan bagi mereka harta. Dan Allah SWT tidak pernah memandang mereka dengan kebencian semenjak Dia mencipta mereka. Ditanyakan: “Dan bagaimanakah yang demikian itu wahai Rasulullah?” Baginda SAW telah menjawab: ‘’Disebabkan mereka menghubungkan ikatan kekeluargaan sesama mereka”.
[Riwayat Abū Muḥammad al-Makhladī dalam al-Fawa’id, al-Ṭabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabūr, Abū Nu‘aym dalam al-Ḥilyah, al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah, Tammām dalam al-Fawā’id, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, al-Wāḥidī dalam al-Wasīṭ. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2425]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs