Sesungguhnya Allah suka untuk kalian berlaku adil terhadap anak-anak kalian seperti mana dia suka untuk kalian berlaku adil sesama diri kalian sendiri

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب أن تعدلوا بين أولادكم، كما يحب أن تعدلوا بين أنفسكم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Daripada al-Nu’man RA bahawa ibunya mahukan ayahnya Bashir untuk memberikan kepada al-Nu’man, anaknya akan sebuah ladang kurma. Lantas ayahnya melakukan perkara tersebut dan bertanya: “Siapakah yang akan menjadi saksi kamu?”. Isterinya menjawab: “Rasulullah SAW”. Lalu ayahnya mendatangi Rasulullah SAW lantas menyebutkan perkara tersebut. Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu mempunyai anak selain al-Nu’man?”. Jawab Bashir: “Ya”. Baginda bertanya: “Adakah kamu memberikan kepadanya seperti mana kamu berikan kepada al-Nu’man?” Jawabnya: “Tidak”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka untuk kalian berlaku adil terhadap anak-anak kalian seperti mana dia suka untuk kalian berlaku adil sesama diri kalian sendiri. Dan orang sepertiku bukanlah layak untuk memberi penyaksian seperti ini”.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 925, hadis nombor 4755. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن النعمان – رضي الله عنه – أن أمه أرادت أباه بشيرا على أن يعطي النعمان ابنه حائطا من نخل، ففعل، فقال: من أشهد لك؟ فقالت: النبي – صلى الله عليه وسلم -. فأتى النبي – صلى الله عليه وسلم -، فذكر ذلك له، فقال النبي – صلى الله عليه وسلم -: ((لك ولد غيره؟)) قال: نعم، قال: ((فأعطيتهم كما أعطيته؟)) قال: لا، قال: ((إن الله يحب أن تعدلوا بين أولادكم، كما يحب أن تعدلوا بين أنفسكم)) ليس مثلي يشهد على هذا.
[قط، ((الضعيفة)) (2183)].

(Sangat Lemah)
Daripada al-Nu’man RA bahawa ibunya mahukan ayahnya Bashir untuk memberikan kepada al-Nu’man, anaknya akan sebuah ladang kurma. Lantas ayahnya melakukan perkara tersebut dan bertanya: “Siapakah yang akan menjadi saksi kamu?”. Isterinya menjawab: “Rasulullah SAW”. Lalu ayahnya mendatangi Rasulullah SAW lantas menyebutkan perkara tersebut. Rasulullah SAW bersabda: “Adakah kamu mempunyai anak selain al-Nu’man?”. Jawab Bashir: “Ya”. Baginda bertanya: “Adakah kamu memberikan kepadanya seperti mana kamu berikan kepada al-Nu’man?” Jawabnya: “Tidak”. Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah suka untuk kalian berlaku adil terhadap anak-anak kalian seperti mana dia suka untuk kalian berlaku adil sesama diri kalian sendiri. Dan orang sepertiku bukanlah layak untuk memberi penyaksian seperti ini”.
[Riwayat al-Daraqutni dalam Sunan beliau. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2183].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs