Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يُحِبُّ أنْ يَرَى أثرَ نِعْمَتِهِ علَى عَبْدِهِ في مَأْكَلِهِ ومَشْرَبِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesunggguhnya Allah suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya pada makanan dan minumannya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1630, hadis no. 8237. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن علي بن زيد بن جدعان، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله يحب أن يرى أثر نعمته على عبده في مأكله ومشربه)). [الأصبهاني، ((الضعيفة)) (5472)].
(Lemah) Daripada Ali bin Zaid bin Jud’an beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesunggguhnya Allah suka melihat kesan nikmat-Nya ke atas hamba-Nya pada makanan dan minumannya. [Riwayat al-Ashbahani. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5472].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman