Sesungguhnya Allah suka kepada setiap hati yang berduka

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب كل قلب حزين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah suka kepada setiap hati yang berduka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1971, hadis nombor 9845. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي الدرداء –رضي الله عنه- مرفوعا: «إن الله يحب كل قلب حزين».
[ابن أبي الدنيا في «كتاب الهم والحزن»، عد، القضاعي، ابن عساكر، «الضعيفة» (483)].

(Lemah)
Daripada Abu al-Darda’ RA yang diriwayatkan secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah suka kepada setiap hati yang berduka.
[Riwayat Ibn Abu al-Dunya dalam Kitab al-Ham wa al-Hazan, Ibn ‘Adiy dalam al-Kamil fi al-Du‘afa’, al-Quda‘iy, Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 483].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.