TEKS BAHASA ARAB
إن الله يحب العبد المؤمن المفتن التواب.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah suka kepada hamba mukmin yang diuji dan bertaubat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1971, hadis nombor 9847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- مرفوعا: «إن الله يحب العبد المؤمن المفتن التواب».
[عم، حل، «الضعيفة» (96)].
(Palsu)
Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah suka kepada hamba mukmin yang diuji dan bertaubat.
[Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad dan Abu Nu‘aim dalam Al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 96].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.