Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ يحبُّ العبدَ المُؤْمِنَ المفتَّنَ التَّوَّابَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah suka kepada hamba mukmin yang diuji dan bertaubat.
Sahabat Perawi
- Ali RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1971, hadis no. 9847. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن علي بن أبي طالب –رضي الله عنه- مرفوعا: «إن الله يحب العبد المؤمن المفتن التواب». [عم، حل، «الضعيفة» (96)].
(Palsu) Daripada ‘Ali bin Abu Talib RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah suka kepada hamba mukmin yang diuji dan bertaubat. [Riwayat Abdullah bin Ahmad dalam Zawa’id al-Musnad dan Abu Nu‘aim dalam Al-Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 96].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman