Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يُحِبُّ مَن يُحِبُّ التَّمْرَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah suka akan sesiapa yang menyukai buah kurma.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 400, hadis no. 2142. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنه - مرفوعاً: «إن الله يحبُّ مَنْ يحب التمر». [طب، أبو الفضل الهمذاني في آخر«مجلس من آمالي الشيخ الاصبهاني»، خط، «الضعيفة» (3129)].
(Lemah) Daripada Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesungguhnya Allah suka akan sesiapa yang menyukai buah kurma". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Musnad al-Kabir, Abu al-Fadl al-Hamadzani pada penghujung Majlis min Amali al-Shaykh al-Asbahani dan al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3129].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman