Sesungguhnya Allah pasti telah mensucikan penduduk Tanah Arab ini daripada syirik

TEKS BAHASA ARAB

لقد طهر الله أهل هذه الجزيرة من الشرك إن لم تضلهم النجوم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah pasti telah mensucikan penduduk Tanah Arab ini daripada syirik, jika ramalan bintang tidak menyesatkan mereka.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 481, hadis nombor 2589. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن العباس بن عبد المطلب –رضي الله عنه-، قال: ((لقد طهر الله أهل هذه الجزيرة من الشرك إن لم تضلهم النجوم)). [ابن خزيمة، طب، ع، البزار، طس، ((الضعيفة)) (4316)]

(Lemah)
Daripada al-‘Abbas bin ‘Abdul Muttalib RA katanya: Sesungguhnya Allah pasti telah mensucikan penduduk Tanah Arab ini daripada syirik, jika ramalan bintang tidak menyesatkan mereka.
[Riwayat Ibn Khuzaymah, al-Tabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir dan al-Mu’jam al-Awsat, Musnad Abi Ya’la, al-Bazzar. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4316]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs