Sesungguhnya Allah muncul di hari kiamat kepada manusia

TEKS BAHASA ARAB

 إِنَّ اللهَ يَتَجَلَّى لِلنَّاسِ عَامَّةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلأبِي بَكْرٍ خَاصَةً

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah muncul di hari kiamat kepada manusia secara amnya, dan kepada Abu Bakar secara khusus.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Orang yang menyandarkan diri mereka kepada ahli sunnah memalsukan hadis berkaitan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq.
Hadis:
إِنَّ اللهَ يَتَجَلَّى لِلنَّاسِ عَامَّةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلأبِي بَكْرٍ خَاصَةً
“Sesungguhnya Allah muncul di hari kiamat kepada manusia secara amnya, dan kepada Abu Bakar secara khusus.”
———————————————————–
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:
Direkodkan oleh Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak (78/3). Az-Zahabi berkata: “Al-Khatli (Muhammad bin Khalid) meriwayatkannya seorang diri, aku merasakan dia telah memalsukannya. Al-Khatib Al-Baghdadi di dalam sejarah Baghdad (2/388). Ibnu Hibban di dalam Al-Mahjuriin (1/143). Dari sanad mereka berdua Ibnu Al-Jauzi di dalam Al-Maudhu’at (2/40, 44). Diriwayatkan dengan sanad lain di dalam kitab Maudhu’at (2/40-45), dia berkata: Tidak sahih pada semua sanadnya. Diriwayatkan juga oleh Abu Na’im seperti di dalam Fawaid Al-Majmu’ah (m/s 330). Lihat: Al-Aali Al-Masnu’ah (1/286).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon