Sesungguhnya Allah muncul di hari kiamat kepada manusia secara amnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يتجلى للناس عامة يوم القيامة ولأبي بكر خاصة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah muncul di hari kiamat kepada manusia secara amnya, dan kepada Abu Bakar secara khusus.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 115, hadis nombor 239. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ومما وضعه جهلة المنتسبين إلى السنة في فضائل الصديق رضي الله عنه…حديث "إن الله يتجلى للناس عامة يوم القيامة ولأبي بكر خاصة".

Di antara apa yang orang yang menyandarkan diri mereka kepada ahli sunnah palsukan pada hadis berkaitan kelebihan Abu Bakar As-Siddiq…Hadis:
إِنَّ اللهَ يَتَجَلَّى لِلنَّاسِ عَامَّةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلأبِي بَكْرٍ خَاصَةً
“Sesungguhnya Allah muncul di hari kiamat kepada manusia secara amnya, dan kepada Abu Bakar secara khusus.”

RUJUKAN

Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah, Ed.). Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Edited by Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan kemudian ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs