Sesungguhnya Allah mewahyukan Nabi daripada kalangan umat Bani Israel

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله أوحى إلى نبي من بني إسرائيل: أن أخبر قومك: أن ليس عبد يصوم يوما ابتغاء وجهي إلا أصححت جسمه، وأعظمت أجره.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mewahyukan Nabi daripada kalangan umat Bani Israel: Khabarkanlah kepada kaum engkau: Sesungguhnya tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari kerana mengharapkan wajah-Ku kecuali Aku sihatkan jasadnya dan Aku besarkan pahalanya (lipat gandakan pahalanya).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1186, hadis nombor 6016. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن علي – رضي الله عنه -، قال: قال- صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله أوحى إلى نبي من بني إسرائيل: أن أخبر قومك: أن ليس عبد يصوم يوما ابتغاء وجهي إلا أصححت جسمه، وأعظمت أجره)). [هب، ((الضعيفة)) (7083)]

(Sangat Lemah)
Daripada ‘Ali bin Abi Talib RA, telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya Allah mewahyukan Nabi daripada kalangan umat Bani Israel: Khabarkanlah kepada kaum engkau: Sesungguhnya tidak ada seorang hamba yang berpuasa sehari kerana mengharapkan wajah-Ku kecuali Aku sihatkan jasadnya dan Aku besarkan pahalanya (lipat gandakan pahalanya).
[Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu’ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah; no. 7083]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.