Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada malaikat penjaga

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ يُوحِي إلى الحَفَظَةِ لا تَكتبوا على صُوَّامِ عبادي بعدَ العصرِ سيئةً.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada malaikat penjaga: Janganlah kalian mencatat ke atas hamba-hamba-Ku yang berpuasa dengan kejahatan selepas waktu Asar.

Sahabat Perawi

  1. Anas bin Malik RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2076, hadis no. 10414. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل)
عن أنس رضي الله عنه ، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن الله يوحي إلى الحفظة: لا تكتبوا على صوام عبادي بعد العصر سيئة.
[خط، فر، ((الضعيفة)) (6580)]

(Batil) Daripada Anas RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah mewahyukan kepada malaikat penjaga: Janganlah kalian mencatat ke atas hamba-hamba-Ku yang berpuasa dengan kejahatan selepas waktu Asar. [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam al-Tārīkh dan al-Daylamī dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6580]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.