Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يُخَفِّفُ على من يشاءُ من عبادِه طولَ يومِ القيامةِ كوقتِ صلاةٍ مكتوبةٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah meringankan bagi sesiapa yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya sepanjang tempoh hari kiamat itu seperti jangka masa satu solat fardu.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 368, hadis no. 1963. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة - رضي الله عنه -، قال: قال ﷺ: «إن الله يخفف على من يشاء من عباده طول يوم القيامة كوقت صلاة مكتوبة». [هب، «الضعيفة» (7097)].
(Daif) Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Baginda ﷺ bersabda: "Sesungguhnya Allah meringankan bagi sesiapa yang Dia kehendaki daripada para hamba-Nya sepanjang tempoh hari kiamat itu seperti jangka masa satu solat fardu". [Riwayat al-Bayhaqi dalam Shu‘ab al-Iman. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 7097].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman