Sesungguhnya Allah merasa hairan terhadap orang yang meminta sesuatu selain daripada syurga

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يعجب من سائل يسأل غير الجنة، ومن معط يعطي لغير الله، ومن متعوذ يتعوذ من غير النار، ألا فليباه بالعبادة لمن فوقه، وفي الغنى إلى من دونه، حتى يكتب شاكراً صابراً؛ فإن أولياء الله أخروا النعيم للآخرة، وعجلوا الشدة في الدنيا للراحة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah merasa hairan terhadap orang yang meminta sesuatu selain daripada syurga, orang yang memberi tetapi dia memberi kerana selain daripada Allah, orang yang memohon perlindungan tetapi dia memohon perlindungan daripada selain neraka. Ingatlah! Maka (seseorang itu seharusnya) saling berlumba dalam beribadah dengan (melihat) orang yang di atasnya (yang lebih banyak ibadahnya) dan merasa cukup dengan melihat orang yang di bawahnya sehingga dia ditulis sebagai seorang yang bersyukur lagi sabar kerana para wali Allah meminta agar dilewatkan nikmat untuk akhirat dan dipercepatkan kesukaran di dunia untuk kerehatan (di akhirat).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis nombor 7384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: ((إن الله يعجب من سائل يسأل غير الجنة، ومن معط يعطي لغير الله، ومن متعوذ يتعوذ من غير النار، ألا فليباه بالعبادة لمن فوقه، وفي الغنى إلى من دونه، حتى يكتب شاكراً صابراً؛ فإن أولياء الله أخروا النعيم للآخرة، وعجلوا الشدة في الدنيا للراحة)). [خط، ((الضعيفة)) (3134)]

(Lemah)
Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya Allah merasa hairan terhadap orang yang meminta sesuatu selain daripada syurga, orang yang memberi tetapi dia memberi kerana selain daripada Allah, orang yang memohon perlindungan tetapi dia memohon perlindungan daripada selain neraka. Ingatlah! Maka (seseorang itu seharusnya) saling berlumba dalam beribadah dengan (melihat) orang yang di atasnya (yang lebih banyak ibadahnya) dan merasa cukup dengan melihat orang yang di bawahnya sehingga dia ditulis sebagai seorang yang bersyukur lagi sabar kerana para wali Allah meminta agar dilewatkan nikmat untuk akhirat dan dipercepatkan kesukaran di dunia untuk kerehatan (di akhirat).
[Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3134].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.