Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يعجبُ من سائلٍ يسألُ غيرَ الجنَّةِ، ومن مُعطٍ يعطي لغيرِ اللهِ، ومن متعوذٍ يتعوَّذُ من غيرِ النَّارِ، ألا فَليباهِ بالعبادةِ لمَن فوقَه، وفي الغنَى إلى مَن دونَه، حتَّى يكتَبَ شاكرًا صابرًا؛ فإنَّ أولياءَ اللهِ أخَّروا النَّعيمَ للآخرةِ، وعَجَّلوا الشِّدَّةَ في الدُّنيا للرَّاحةِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah merasa hairan terhadap orang yang meminta sesuatu selain daripada syurga, orang yang memberi tetapi dia memberi kerana selain daripada Allah, orang yang memohon perlindungan tetapi dia memohon perlindungan daripada selain neraka. Ingatlah! Maka (seseorang itu seharusnya) saling berlumba dalam beribadah dengan (melihat) orang yang di atasnya (yang lebih banyak ibadahnya) dan merasa cukup dengan melihat orang yang di bawahnya sehingga dia ditulis sebagai seorang yang bersyukur lagi sabar kerana para wali Allah meminta agar dilewatkan nikmat untuk akhirat dan dipercepatkan kesukaran di dunia untuk kerehatan (di akhirat).
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1452, hadis no. 7384. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA daripada Nabi SAW, baginda bersabda: Sesungguhnya Allah merasa hairan terhadap orang yang meminta sesuatu selain daripada syurga, orang yang memberi tetapi dia memberi kerana selain daripada Allah, orang yang memohon perlindungan tetapi dia memohon perlindungan daripada selain neraka. Ingatlah! Maka (seseorang itu seharusnya) saling berlumba dalam beribadah dengan (melihat) orang yang di atasnya (yang lebih banyak ibadahnya) dan merasa cukup dengan melihat orang yang di bawahnya sehingga dia ditulis sebagai seorang yang bersyukur lagi sabar kerana para wali Allah meminta agar dilewatkan nikmat untuk akhirat dan dipercepatkan kesukaran di dunia untuk kerehatan (di akhirat). [Riwayat al-Khaṭīb al-Baghdādī dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 3134].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman