Sesungguhnya Allah menyuruh supaya berlaku adil dan ihsan

TEKS BAHASA ARAB

أتاني جبريل عليه السلام فأمرني أن أضع هذه الآية بهذا الموضع من هذه السورة: {إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون}.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Jibril As telah datang kepadaku, lalu beliau menyuruhku supaya meletakkan ayat ini di tempat ini pada surah ini, iaitu ayat: {Sesungguhnya Allah menyuruh supaya berlaku adil dan ihsan, memberikan kepada ahli kerabat, menegah terhadap perkara keji, mungkar dan melampaui. Dia menasihatkan kamu semoga kamu mengambil pelajaran} [Surah al-Nahl ayat 90].

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1421 – 1422, hadis nombor 7220. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن عثمان بن أبي العاص رضي الله عنه، قال كنت عند رسول الله صلى الله عليه وسلم جالسا، إذا شخص ببصره، ثم صوبه حتى كاد أن يلزقه بالأرض، قال: ثم شخص ببره، فقال: أتاني جبريل عليه السلام فأمرني أن أضع هذه الآية بهذا الموضع من هذه السورة: {إن الله يأمر بالعدل والإحسان وإيتاء ذي القربى، وينهى عن الفحشاء والمنكر والبغي، يعظكم لعلكم تذكرون}.
[حم، ((الضعيفة)) (1753)]

(Lemah)
Daripada ‘Uthman bin Abi al-‘As RA, katanya: Aku pernah duduk di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba Baginda menatap dengan pandangan Baginda, kemudian Baginda membetulkannya hingga hampir-hampir pandangan tadi menembusi bumi. ‘Uthman berkata: Kemudian Baginda menatap dengan pandangan mata Baginda, lalu Baginda bersabda: Jibril As telah datang kepadaku, lalu beliau menyuruhku supaya meletakkan ayat ini di tempat ini pada surah ini, iaitu ayat: {Sesungguhnya Allah menyuruh supaya berlaku adil dan ihsan, memberikan kepada ahli kerabat, menegah terhadap perkara keji, mungkar dan melampaui. Dia menasihatkan kamu semoga kamu mengambil pelajaran} [Surah al-Nahl ayat 90].
[Riwayat Ahmad dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1753]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs