TEKS BAHASA ARAB
إن الله أمرني بمداراة الناس كما أمرني بإقامة الفرائض.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesungguhnya Allah menyuruh aku bergaul dengan manusia sebagaimana Dia menyuruh aku menegakkan perkara-perkara fardu.
STATUS
Sangat lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 173, hadis nombor 872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا)
عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: إن الله أمرني بمداراة الناس كما أمرني بإقامة الفرائض.
[عد، ابن مردويه في ((ثلاثة مجالس من الأمالي)) فر، ((الضعيفة)) (810)]
(Sangat Lemah)
Daripada ‘A’isyah – Raḍiyallāhu ‘anha – secara Marfu’: Sesungguhnya Allah menyuruh aku bergaul dengan manusia sebagaimana Dia menyuruh Aku menegakkan perkara-perkara fardu.
[Riwayat al-Kamil Ibn 'Adi dalam al-Dhu’afa’, Ibn Mardawayh dalam Tsalasah Majalis min al-Amaliy, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 810]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.