Terlalu Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ أمرني بمُداراةِ الناسِ كما أمرني بإقامةِ الفرائضِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menyuruh aku bergaul dengan manusia sebagaimana Dia menyuruh aku menegakkan perkara-perkara fardu.
Sahabat Perawi
- ‘Aishah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Terlalu Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 173, hadis no. 872. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: إن الله أمرني بمداراة الناس كما أمرني بإقامة الفرائض. [عد، ابن مردويه في ((ثلاثة مجالس من الأمالي)) فر، ((الضعيفة)) (810)]
(Terlalu Daif) Daripada ‘A’isyah - Raḍiyallāhu ‘anha - secara Marfu’: Sesungguhnya Allah menyuruh aku bergaul dengan manusia sebagaimana Dia menyuruh Aku menegakkan perkara-perkara fardu. [Riwayat al-Kamil Ibn 'Adi dalam al-Dhu’afa’, Ibn Mardawayh dalam Tsalasah Majalis min al-Amaliy, al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 810]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman