Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah menyukai seorang yang melakukan ibadah dalam keadaan bersih

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ يحبُّ النَّاسكَ النَّظيفَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah menyukai seorang yang melakukan ibadah dalam keadaan bersih.

Sahabat Perawi

  1. Jabir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 445, hadis no. 2376.

(موضوع) عن جابر -رضي الله عنه- مرفوعاً: «إن الله يحب الناسك النظيف». [خط، «الضعيفة» (99)].

(Palsu) Daripada Jabir RA yang meriwayatkannya secara marfu’: “Sesungguhnya Allah menyukai seorang yang melakukan ibadah dalam keadaan bersih.” [Riwayat al-Khalib al-Baghdadi di dalam Tarikh Baghdad. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 99].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.