Sesungguhnya Allah menyukai seorang muslim yang ringan keadaannya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب المسلم الخفيف الحاذ ذو حظ من الصلاة لا يشار إليه بالأصابع وأطاع ربه سرا قسمت معيشته كفافا، فصبر عليها ورضي بها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menyukai seorang muslim yang ringan keadaannya, banyak melakukan solat, tidak mengisyaratkan dengan jari jemari, mentaati Tuhannya secara sembunyi. Dibahagikan rezeki hidupnya sekadar cukup lalu dia bersabar dan redha terhadapnya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Abu Ishaq Al-Huwaini حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan lemah beliau berjudul Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah, di halaman 36, hadis nombor 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
أخرجه وكيع في أخبار القضاة (3/ 17) من طريق عبد العزيز بن أبان، ثنا يونس بن أبي إسحاق، عن ابن أوشع، عن معاذ بن جبل، مرفوعاً:…. فذكره. قلت: وهذا سند تالف. وعبد العزيز بن أبان قال ابن معين: كذاب خبيث، يضع الحديث. وكذبه أيضاً ابن نمير. وتركه أبو حاتم وأبو زرعة والنسائي.

Mawdhu’. Hadith tersebut telah dikeluarkan oleh Waki’ dalam Akhbar al-Qudhah (3/17) melalui sanad ‘Abdul Aziz bin Aban, katanya Yunus bin Abi Ishaq telah menceritakan kepada kami daripada Ibn Awsha’ daripada Mu’az bin Jabal secara marfu’, lalu beliau menyebutkan hadith.
Saya berkata: Sanadnya Talif (Binasa). ‘Abdul ‘Aziz bin Aban, Ibn Ma’in berkata: Pendusta lagi jelek, pereka hadith. Ibn Numair turut menilai beliau sebagai pendusta. Abu Hatim, Abu Zur’ah dan al-Nasa’ie pula meninggalkan (tidak endah) terhadap beliau.

RUJUKAN

Abu Ishaq Al-Huwaini. (1988). Al-Nafilah Fi al-Ahadith al-Dha’ifah Wa al-Batilah. Dar al-Sahabah Li al-Turath.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs