Sesungguhnya Allah menyukai seorang lelaki yang mempunyai jiran yang jahat yang menyakitinya, lalu dia bersabar atas kejahatan yang dilakukan oleh jirannya itu

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب الرجل له الجار السوء يؤذيه فيصبر على أذاه، ويحتسبه حتى يكفيه الله بحياة أو موت.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menyukai seorang lelaki yang mempunyai jiran yang jahat yang menyakitinya, lalu dia bersabar atas kejahatan yang dilakukan oleh jirannya itu, dan dia mengharapkan ganjaran daripada perbuatan tersebut sehinggalah Allah mencukupkannya sama ada dengan kehidupan ataupun kematian.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 203, hadis nombor 1062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي ذر – رضي الله عنه – مرفوعا: ((إن الله يحب الرجل له الجار السوء يؤذيه فيصبر على أذاه، ويحتسبه حتى يكفيه الله بحياة أو موت)). [ابن أبي الدنيا في ((مكارم الأخلاق))، خط، فر، ((الضعيفة)) (3123)]

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menyukai seorang lelaki yang mempunyai jiran yang jahat yang menyakitinya, lalu dia bersabar atas kejahatan yang dilakukan oleh jirannya itu, dan dia mengharapkan ganjaran daripada perbuatan tersebut sehinggalah Allah mencukupkannya sama ada dengan kehidupan ataupun kematian.
[Riwayat Ibn Abi Dunya dalam Makarim al-Akhlak, al-Khāṭib al-Baghdādī dalam Tarikh Baghdad dan al-Daylami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 3123]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.