Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب إغاثة اللهفان.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis nombor 744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن الله يحب إغاثة اللهفان)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6807)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan.
[Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6807]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.