Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللَّهَ يُحِبُ إغاثَةَ اللَّهفانِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 147, hadis no. 744. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أبي هريرة رضي الله عنه، قال: قال صلى الله عليه وسلم: ((إن الله يحب إغاثة اللهفان)). [ابن حبان في ((الضعفاء))، ابن عساكر، ((الضعيفة)) (6807)]
(Daif) Daripada Abū Hurayrah RA, beliau berkata: Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menyukai perbuatan membantu seseorang yang berada dalam kesusahan. [Riwayat Ibn Ḥibbān dalam al-Ḍu‘afā’, Ibn ‘Asākir dalam al-Tārīkh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 6807]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman