Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berumur dua puluh apabila dia menyerupai orang yang berumur lapan puluh

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللَّهَ يحبُّ ابنَ عِشرينَ إذا كانَ شبيهَ ابنِ الثَّمانينَ ، ويبغَضُ ابنَ السِّتِّينَ إذا كانَ شِبهَ [ابن] عشرينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berumur dua puluh apabila dia menyerupai orang yang berumur lapan puluh, dan Dia membenci orang yang berumur enam puluh apabila dia menyerupai orang yang berumur dua puluh.

Sahabat Perawi

  1. Uthman bin Affan RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1994, hadis no. 9995. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عثمان بن عفان - رضي الله عنه - مرفوعا: «إن الله يحب ابن عشرين إذا كان شبيه ابن الثمانين، ويبغض ابن الستين إذا كان شبه [ابن] عشرين». [فر، «الضعيفة» (2098)).

(Lemah) Daripada Uthman bin Affan RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesungguhnya Allah menyukai orang yang berumur dua puluh apabila dia menyerupai orang yang berumur lapan puluh, dan Dia membenci orang yang berumur enam puluh apabila dia menyerupai orang yang berumur dua puluh”. [Riwayat al-Dailami dalam Musnad al-Firdaws. Lihat Silsilah al-Da’ifah no. 2098].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.