Sesungguhnya Allah menyukai orang muda yang menghabiskan masa mudanya di dalam ketaatan kepada Allah ‘azza wa jalla

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يحب الشاب الذي يفني شبابه في طاعة الله -عز وجل-.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menyukai orang muda yang menghabiskan masa mudanya di dalam ketaatan kepada Allah ‘azza wa jalla.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 445, hadis nombor 2375. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن عبدالله بن عمر -رضي الله عنهما – مرفوعاً: (إن الله يحب الشاب الذي يفني شبابه في طاعة الله -عز وجل-)) . [حل، فر، ((الضعيفة) (98)].

(Palsu)
Daripada Abdullah bin ‘Umar RA yang meriwayatkannya secara marfu’: “Sesungguhnya Allah menyukai orang muda yang menghabiskan masa mudanya di dalam ketaatan kepada Allah ‘azza wa jalla.”
[Riwayat Abu Nu‘aim di dalam al-Hilyah dan al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 98].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs