Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah menyalakan neraka Jahanam setiap hari

Teks Bahasa Arab

إنَّ اللهَ تعالى يُسَعِّرُ جهنمَ كلَّ يومٍ في نصفِ النهارِ، ويُخْبِتُهَا في يومِ الجمعةِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah menyalakan neraka Jahanam setiap hari pada waktu tengahari dan memadamkannya pada hari Jumaat.

Sahabat Perawi

  1. Wathilah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1952, hadis no. 9776. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن واثلة رضي الله عنه قال: سأل سائل رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما بال يوم الجمعة يؤذن فيها بالصلاة في نصف النهار، وقد نهيت عن سائر الأيام، فقال: إن الله تعالى يسعر جهنم كل يوم في نصف النهار، ويخبتها في يوم الجمعة. [ابن حبان في ((الضعفاء))، طب، وفي ((مسند الشامين))، ((الضعيفة)) (7100)]

(Palsu) Daripada Wathilah RA, beliau berkata: Ada orang yang bertanya kepada Rasulullah SAW: Apa yang sudah berlaku? Hari Jumaat ada azan yang menyeru orang ramai menunaikan solat pada tengahari? Namun ia tidak dilakukan pada hari lain. Nabi SAW bersabda: Sesungguhnya Allah menyalakan neraka Jahanam setiap hari pada waktu tengahari dan memadamkannya pada hari Jumaat. [Riwayat Ibn Hibban dalam al-Dhuafa, al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Kabir dan Musnad al-Syamiyyin. Lihat Silsilah al-Dhaifah, no. 7100]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.