Sesungguhnya Allah menurunkan berkat pada tiga perkara

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن اللهَ أنزل بركات ثلاثا: الشاة، والنخلة، والنار.

 

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menurunkan berkat pada tiga perkara: Kambing, pohon kurma dan api.

 

STATUS

Sangat lemah

 

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1924 hadis nombor 9661. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا)
عن أم هاني قالت: دخل النبي صلى الله عليه وسلم فقال: ما لي لا أرى عندك من البركات شيئا؟ فقلت: وأي بركات تريد؟ فقال: إن اللهَ أنزل بركات ثلاثا: الشاة، والنخلة، والنار.
[طب، ((الضعيفة)) (6161)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ummu Hani RA. Beliau berkata: Nabi SAW masuk dan berkata: Mengapa aku tidak melihat satu pun berkat pada kamu? Aku berkata: Berkat yang mana kamu mahukan? Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah menurunkan berkat pada tiga perkara: Kambing, pohon kurma dan api.
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 6161]

 

 

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

 

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.