Sesungguhnya Allah menolak 70 pintu dari kematian yang buruk dengan satu sedekah

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل ليدرأ بالصدقة سبعين [بابا من] ميتة السوء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menolak 70 pintu dari kematian yang buruk dengan satu sedekah.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 890, hadis nombor 4565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن الله عز وجل ليدرأ بالصدقة سبعين [بابا من] ميتة السوء)). [ابن المبارك في ((البر والصلة))، ((الضعيفة)) (5308)].

(Lemah)
Daripada Anas bin Malik RA: Daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menolak 70 pintu dari kematian yang buruk dengan satu sedekah.”
[Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Birr wa al-Silah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5308].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.