Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ عز وجل لَيَدْرَأُ بالصدقةِ سبعين [ بابًا من ] مِيتةِ السُّوءِ .
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menolak 70 pintu dari kematian yang buruk dengan satu sedekah.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 890, hadis no. 4565. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- عن النبي صلى الله عليه وسلم: ((إن الله عز وجل ليدرأ بالصدقة سبعين [بابا من] ميتة السوء)). [ابن المبارك في ((البر والصلة))، ((الضعيفة)) (5308)].
(Lemah) Daripada Anas bin Malik RA: Daripada Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menolak 70 pintu dari kematian yang buruk dengan satu sedekah.” [Riwayat Ibn al-Mubarak dalam al-Birr wa al-Silah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5308].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman