TEKS BAHASA ARAB
حديث: إن الله زوج التواني بالكسل فولد بينهما الفاقة.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesungguhnya Allah menjodohkan orang yang sambil lewa dalam kerja dengan orang yang malas, maka akan lahir darinya anak yang fakir.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 147, hadis nombor 25. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في اللآلىء: لا يصح إنما هو من قول عمرو بن العاص.
Al-Suyuthi berkata di dalam al-La’ali: Tidak sahih, akan tetapi ia daripada perkataan ‘Amr bin al-‘As.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.