Sesungguhnya Allah menjenguk pada dua Hari Raya ke bumi

TEKS BAHASA ARAB

إن الله يطلع في العيدين إلى الأرض، فابرزوا من المنازل تلحقكم الرحمة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menjenguk pada dua Hari Raya ke bumi, maka keluarlah dari rumah-rumah, nescaya rahmat akan menyusuli kalian.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis nombor 9920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله يطلع في العيدين إلى الأرض، فابرزوا من المنازل تلحقكم الرحمة)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1806)]

(Palsu) Daripada Anas bin Mālik secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menjenguk pada dua Hari Raya ke bumi, maka keluarlah dari rumah-rumah, nescaya rahmat akan menyusuli kalian.
[Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1806]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs