Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ يطِّلعُ في العيدَينِ إلى الأرضِ، فابرُزوا من المنازلِ تَلحقُكم الرَّحمةُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menjenguk pada dua Hari Raya ke bumi, maka keluarlah dari rumah-rumah, nescaya rahmat akan menyusuli kalian.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1982, hadis no. 9920. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك -رضي الله عنه- مرفوعا: ((إن الله يطلع في العيدين إلى الأرض، فابرزوا من المنازل تلحقكم الرحمة)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1806)]
(Palsu) Daripada Anas bin Mālik secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesungguhnya Allah menjenguk pada dua Hari Raya ke bumi, maka keluarlah dari rumah-rumah, nescaya rahmat akan menyusuli kalian. [Riwayat Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1806]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman