Sesungguhnya Allah menjaga hamba-Nya dengan (memberikan) bala dan ujian

TEKS BAHASA ARAB

إن الله ليتعاهد عبده بالبلاء كما يتعاهد الوالد ولده بالخير، وإن الله تعالى ليحمي عبده المؤمن الدنيا كما يحمي المريض ‌أهله ‌الطعام.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menjaga hamba-Nya dengan (memberikan) bala dan ujian seperti seorang ayah menjaga anaknya dengan cara yang baik. Sesungguhnya Allah akan melindungi hamba-Nya daripada dunia seperti mana seorang yang sakit dilidungi oleh ahli keluarganya daripada makanan (yang boleh memudaratkan kesihatannya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 612, hadis nombor 3186. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن حذيفة بن اليمان – رضي الله عنه -، مرفوعا: ((إن الله ليتعاهد عبده بالبلاء كما يتعاهد الوالد ولده بالخير، وإن الله تعالى ليحمي عبده المؤمن الدنيا كما يحمي المريض ‌أهله ‌الطعام)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (3102)].

(Lemah)
Daripada Huzaifah bin al-Yaman RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah menjaga hamba-Nya dengan (memberikan) bala dan ujian seperti seorang ayah menjaga anaknya dengan cara yang baik. Sesungguhnya Allah akan melindungi hamba-Nya daripada dunia seperti mana seorang yang sakit dilidungi oleh ahli keluarganya daripada makanan (yang boleh memudaratkan kesihatannya).))
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 3102].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs