Classification icon

Sangat lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesungguhnya Allah menjadikan untuk kebaikan itu muka-muka dari kalangan hamba-Nya

Teks Bahasa Arab

إن الله تعالى جعل للمعروف وجوها من خلقه، حبب إليهم المعروف، وحبب إليهم فعاله، ووجه طلاب المعروف إليهم، ويسر عليهم إعطاءه، كما يسر الغيث إلى الأرض الجدبة ليحييها ويحيي بها أهلها. وإن الله جعل للمعروف أعداء من خلقه، بغض إليهم المعروف، وبغض إليهم فعاله، وحذر عليهم إعطاءه، كما يحذر الغيث عن الأرض الجدبة ليهلكها ويهلك بها أهلها، وما يعفو أكثر

Teks Bahasa Melayu

Sesungguhnya Allah menjadikan untuk kebaikan itu muka-muka dari kalangan hamba-Nya. Dia jadikan cinta mereka kepada kebaikan dan jadikan cinta itu untuk melakukannya (kebaikan), Dia mengarahkan penuntut kebaikan pergi kepada mereka serta permudahkan pemberiannya seperti mana Dia mudahkan hujan turun ke bumi yang tandus agar Dia menghidupkannya dan menghidupkan dengannya penghuninya. Sesungguhnya Allah menjadikan bagi kebaikan itu musuh-musuh daripada makhluk-Nya, Dia bencikan kebaikan kepada mereka dan bencikan mereka untuk melakukannya (kebaikan) seperti mana Dia menghalang hujan turun ke bumi yang tandus untuk memusnahkannya dan memusnahkan dengannya penghuninya tetapi apa yang Allah ampunkan lebih banyak.

Sahabat Perawi

  1. Abu Sa'id al-Khudri RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān

Status

Sangat lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1679, hadis no. 8469. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

Riwayat Ibn Abi al-Dunya dalam al-Qada’ al-Hawa’ij

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.