Sesungguhnya Allah menjadikan syurga putih kerana pakaian yang paling disukai oleh Allah berwarna putih

TEKS BAHASA ARAB

إن الله خلق الجنة بيضاء، وإن أحب الزي إلى الله عز وجل البياض، فألبسوها أحياءكم، وكفنوها موتاكم، ثم جمع الرعاء، فقال: من كان فيكم ذا غنم سود فليخلطها ببيض.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menjadikan syurga putih kerana pakaian yang paling disukai oleh Allah berwarna putih. Maka pakaikanlah orang hidup dengannya kafankanlah orang mati dengannya. Kemudian baginda menghimpunkan para penternak dan bersabda: ((Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kambing berwarna hitam maka campurkan ia dengan kambing yang berwarna putih.))

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis nombor 8115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((إن الله خلق الجنة بيضاء، وإن أحب الزي إلى الله -عز وجل- البياض، فألبسوها أحياءكم، وكفنوها موتاكم، ثم جمع الرعاء، فقال: من كان فيكم ذا غنم سود فليخلطها ببيض)). [البختري في ((ستة مجالس))، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (800)].

(Palsu)
Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah menjadikan syurga putih kerana pakaian yang paling disukai oleh Allah berwarna putih. Maka pakaikanlah orang hidup dengannya kafankanlah orang mati dengannya.)) Kemudian baginda menghimpunkan para penternak dan bersabda: ((Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kambing berwarna hitam maka campurkan ia dengan kambing yang berwarna putih.))
[Riwayat al-Bakhtari di dalam Sittah Majalis dan Abu Nu’aim di dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 800)].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs