Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ خلق الجنةَ بيضاءَ، وإنَّ أحبَّ الزِّيِّ إلى اللهِ عزَّ وجَلَّ البَيَاضُ، فأَلْبِسوها أحياءَكم، وكَفِّنوها مَوتاكم، ثم جَمَعَ الرِّعاءَ، فقال : مَن كان ذا غَنَمٍ سُودٍ فلْيَخلِطْها بِبِيضٍ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menjadikan syurga putih kerana pakaian yang paling disukai oleh Allah berwarna putih. Maka pakaikanlah orang hidup dengannya kafankanlah orang mati dengannya. Kemudian baginda menghimpunkan para penternak dan bersabda: ((Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kambing berwarna hitam maka campurkan ia dengan kambing yang berwarna putih.))
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1611, hadis no. 8115. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((إن الله خلق الجنة بيضاء، وإن أحب الزي إلى الله -عز وجل- البياض، فألبسوها أحياءكم، وكفنوها موتاكم، ثم جمع الرعاء، فقال: من كان فيكم ذا غنم سود فليخلطها ببيض)). [البختري في ((ستة مجالس))، أبو نعيم في ((صفة الجنة))، ((الضعيفة)) (800)].
(Palsu) Daripada Ibn Abbas R.anhuma secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): ((Sesungguhnya Allah menjadikan syurga putih kerana pakaian yang paling disukai oleh Allah berwarna putih. Maka pakaikanlah orang hidup dengannya kafankanlah orang mati dengannya.)) Kemudian baginda menghimpunkan para penternak dan bersabda: ((Sesiapa di antara kamu yang mempunyai kambing berwarna hitam maka campurkan ia dengan kambing yang berwarna putih.)) [Riwayat al-Bakhtari di dalam Sittah Majalis dan Abu Nu’aim di dalam Sifat al-Jannah. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 800)].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman