Sesungguhnya Allah menjadikan rezeki umat ini pada kuku kuda dan panjang lembing mereka

TEKS BAHASA ARAB

إن الله جعل رزق هذه الأمة في سنابك خيلها، وأزجة رماحها ما لم يزرعوا، فإذا زرعوا صاروا من الناس.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah menjadikan rezeki umat ini pada kuku kuda dan panjang lembing mereka selagi mana mereka tidak bercucuk tanam. Apabila mereka bercucuk tanam, jadilah mereka seperti kebanyakan orang.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 982, hadis nombor 5062. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن مكحول قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((إن الله جعل رزق هذه الأمة في سنابك خيلها، وأزجة رماحها ما لم يزرعوا، فإذا زرعوا صاروا من الناس)). [ش، ((الضعيفة)) (‌‌1694)]

(Lemah) Daripada Makhul berkata, “Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah menjadikan rezeki umat ini pada kuku kuda dan panjang lembing mereka selagi mana mereka tidak bercucuk tanam. Apabila mereka bercucuk tanam, jadilah mereka seperti kebanyakan orang)). [Riwayat Ibn Abi Syaibah dalam Musannafnya. Lihat al-Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.1694]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs