Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ الله جعلهَا لك لباساً، وجعلك لها لباساً، وأهلي يَرَونَ عريتِي - وفي لفظ: عورتي - وأنا أرى ذلك منهم.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai pakaian untuk kamu, keluargaku juga melihat diriku telanjang- pada lafaz ini “auratku”- dan aku juga melihat sebegitu pada diri mereka.
Sahabat Perawi
- Saad bin Mas’ud (al-Kindi) dan Umarah bin Ghurab al-Yahsabi
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 934, hadis no. 4803. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن سعد بن مسعود [الكندي] وعمارة بن غراب اليحصبي: أن عثمان بن مظعون أتى النبي - صلى الله عليه وسلم -، فقال: يا رسول الله إني لا أحب أن ترى امرأتي عريتي - وفي رواية: عورتي - قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: "ولم"؟ قال: أستحيي من ذلك وأكرهه. قال: إن الله جعلها لك لباساً، وجعلك لها لباساً، وأهلي يرون عريتي - وفي لفظ: عورتي - وأنا أرى ذلك منهم، قال: أنت تفعل ذلك يا رسول الله؟ قال: "نعم"، قال: فمن بعدك؟! فلما أدبر قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: إن ابن مظعون لحيي ستير. [ابن سعد، الحارث، الضعيفة (3066)].
(Lemah) Daripada Saad bin Mas’ud (al-Kindi) dan Umarah bin Ghurab al-Yahsabi: Bahawa Usman bin Ma’zun mendatangi Nabi SAW dan berkata: “Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku tidak suka apabila isteriku melihat diriku telanjang – di dalam riwayat yang lain “auratku”- Rasulullah SAW pun berkata: “Kenapa?”. Dia berkata: “Aku berasa malu dan aku tidak sukakannya”. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah menjadikannya sebagai pakaian untuk kamu, keluargaku juga melihat diriku telanjang- pada lafaz ini “auratku”- dan aku juga melihat sebegitu pada diri mereka”. Lalu dia bertanya: Kamu juga berbuat sedemikian wahai Rasulullah?” Lalu baginda menjawab: “Ya”. Dia bertanya lagi: “Dan siapa lagi selepas kamu?”. Semasa aku berpaling, Rasulullah SAW pun berkata: “Sesungguhnya Ibn Ma’zun hidup di sebalik tabir (tertutup dan tersembunyi)”. [Riwayat Ibn Saad, al-Haris. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.3066]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman