Sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap Nabi itu ada syahwatnya

TEKS BAHASA ARAB

إن الله عز وجل جعل لكل نبي شهوة، وإن شهوتي في قيام هذا الليل،إذا قمت فلا يصلين أحد خلفى . وإن الله جعل لكل نبي طعمة، وإن طعمتى هذا الخمس، فإذا قبضت فهو لولاة الأمر من بعدي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah -azza wa jalla- menjadikan bagi setiap Nabi itu ada syahwatnya, dan sesungguhnya syahwatku pada menghidupkan malam ini. Oleh itu, sekiranya aku bangun mendirikan solat, maka janganlah ada seorang pun yang solat di belakangku. Dan sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap Nabi itu bahagian hartanya. Dan bahagian harta bagiku adalah khumus (satu perlima) ini. Sekiranya aku telah meninggal dunia, maka ia merupakan milik para pemerintah selepas dari aku.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 272, hadis nombor 1411. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس: أن نبي الله – صلى الله عليه وسلم – كان جالسا ذات يوم، والناس حوله، فقال: ((‌إن ‌الله ‌عز ‌وجل ‌جعل ‌لكل ‌نبي ‌شهوة، وإن شهوتي في قيام هذا الليل، إذا قمت فلا يصلين أحد خلفي. وإن الله جعل لكل نبي طعمة، وإن طعمتي هذا الخمس، فإذا قبضت فهو لولاة الأمر من بعدي)).
[طب، ((الضعيفة)) (‌‌3063)]

(Sangat Lemah)
Daripada Ibn ‘Abbas RA bahawasanya Nabi ﷺ sedang duduk pada suatu hari, dan orang ramai berada di sekeliling baginda, lalu baginda berkata: Sesungguhnya Allah -azza wa jalla- menjadikan bagi setiap Nabi itu ada syahwatnya, dan sesungguhnya syahwatku pada menghidupkan malam ini. Oleh itu, sekiranya aku bangun mendirikan solat, maka janganlah ada seorang pun yang solat di belakangku. Dan sesungguhnya Allah menjadikan bagi setiap Nabi itu bahagian hartanya. Dan bahagian harta bagiku adalah khumus (satu perlima) ini. Sekiranya aku telah meninggal dunia, maka ia merupakan milik para pemerintah selepas dari aku.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 3063]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs