Sesungguhnya Allah mengutuskan kekasihku Jibril AS kepada Nabi Ibrahim

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

إن الله بعث حبيبي جبريل عليه السلام إلى إبراهيم، فقال له: يا إبراهيم! إني لم أتخذك خليلاً على أنك أعبد عبادي، ولكني اطلعت على قلوب الآدميين، فلم أجد أسخى من قلبك، فلذلك؛ اتخذتك خليلاً.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mengutuskan kekasihku Jibril AS kepada Nabi Ibrahim. Lalu dia berkata: Wahai Ibrahim! Sesungguhnya Aku tidak mengambilmu sebagai teman rapat disebabkan kamu adalah hamba yang paling kuat beribadah tetapi Aku melihat ke dalam hati anak-anak Adam, maka Aku tidak menemui hati yang lebih mulia berbanding hatimu. Untuk itu, Aku memilihmu sebagai Khalilku (teman rapat).

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1753, hadis nombor 8833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن زيد بن أسلم قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله بعث حبيبي جبريل عليه السلام إلى إبراهيم، فقال له: يا إبراهيم! إني لم أتخذك خليلاً على أنك أعبد عبادي، ولكني اطلعت على قلوب الآدميين، فلم أجد أسخى من قلبك، فلذلك؛ اتخذتك خليلاً.)) [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5245)].

(Sangat Lemah)
Daripada Zaid bin Aslam beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah mengutuskan kekasihku Jibril AS kepada Nabi Ibrahim. Lalu dia berkata: Wahai Ibrahim! Sesungguhnya Aku tidak mengambilmu sebagai teman rapat disebabkan kamu adalah hamba yang paling kuat beribadah tetapi Aku melihat ke dalam hati anak-anak Adam, maka Aku tidak menemui hati yang lebih mulia berbanding hatimu. Untuk itu, Aku memilihmu sebagai Khalilku (teman rapat).))
[Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5245].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.