Sangat lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إنَّ اللهَ بعث حبيببي جبريلَ عليه السلامُ إلى إبراهيمَ، فقال له: يا إبراهيمُ! إني لم أتخذك خليلًا على أنك أعبدُ عبادي، ولكني اطلعتُ على قلوبِ الآدميينَ، فلم أجد قلبًا أسخى من قلبِك، فلذلك ؛ اتخذتُك خليلًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah mengutuskan kekasihku Jibril AS kepada Nabi Ibrahim. Lalu dia berkata: Wahai Ibrahim! Sesungguhnya Aku tidak mengambilmu sebagai teman rapat disebabkan kamu adalah hamba yang paling kuat beribadah tetapi Aku melihat ke dalam hati anak-anak Adam, maka Aku tidak menemui hati yang lebih mulia berbanding hatimu. Untuk itu, Aku memilihmu sebagai Khalilku (teman rapat).
Sahabat Perawi
- Zaid bin Aslam
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Sangat lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1753, hadis no. 8833. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف جدا) عن زيد بن أسلم قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: ((إن الله بعث حبيبي جبريل عليه السلام إلى إبراهيم، فقال له: يا إبراهيم! إني لم أتخذك خليلاً على أنك أعبد عبادي، ولكني اطلعت على قلوب الآدميين، فلم أجد أسخى من قلبك، فلذلك؛ اتخذتك خليلاً.)) [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (5245)].
(Sangat Lemah) Daripada Zaid bin Aslam beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesungguhnya Allah mengutuskan kekasihku Jibril AS kepada Nabi Ibrahim. Lalu dia berkata: Wahai Ibrahim! Sesungguhnya Aku tidak mengambilmu sebagai teman rapat disebabkan kamu adalah hamba yang paling kuat beribadah tetapi Aku melihat ke dalam hati anak-anak Adam, maka Aku tidak menemui hati yang lebih mulia berbanding hatimu. Untuk itu, Aku memilihmu sebagai Khalilku (teman rapat).)) [Riwayat Ibn Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah no. 5245].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman