Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai (nabi) peperangan dan rahmat

TEKS BAHASA ARAB

إن الله بعثني ملحمة ومرحمة، ولم يبعثني تاجرا، ولا زارعا، وإن شرار الناس يوم القيامة التجار، والزراعون، إلا من شح على دينه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai (nabi) peperangan dan rahmat. Dan Dia tidak mengutuskan aku sebagai peniaga bahkan bukan juga sebagai petani. Sesungguhnya manusia paling buruk di hari kiamat adalah para peniaga dan petani kecuali orang yang menjaga agamanya.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1803, hadis nombor 9089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله – صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله بعثني ملحمة ومرحمة، ولم يبعثني تاجرا، ولا زارعا، وإن شرار الناس يوم القيامة التجار، والزراعون، إلا من شح على دينه)). [ابن المظفر في ((حديث حاجب بن أركين))، ابن السماك في ((حديثه))، تمام، أبو محمد القاري في ((الفوائد))، عد، ابن عساكر، محمد بن الواحد المقدسي في ((المنتقى من حديثه))، ((الضعيفة)) (1570)]

(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai (nabi) peperangan dan rahmat. Dan Dia tidak mengutuskan aku sebagai peniaga bahkan bukan juga sebagai petani. Sesungguhnya manusia paling buruk di hari kiamat adalah para peniaga dan petani kecuali orang yang menjaga agamanya.” [Riwayat Ibn al-Muzaffar dalam Hadis Hajib bin Arkin, Ibn al-Samak, Tammam, Abu Muhammad al-Qari dalam al-Fawaid, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ibn ‘Asakir dan Muhammad bin al-Wahid al-Maqdisi dalam al-Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1570]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs