Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
إن اللهَ بعثني مَلْحَمَةً ومَرْحَمَةً، ولم يَبْعَثْنِي تاجرًا، ولا زارعًا، وإن شِرارَ الناسِ يومَ القيامةِ التُّجَّارُ، والزَرَّاعونَ، إلا مَن شَحَّ على دينِهِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai (nabi) peperangan dan rahmat. Dan Dia tidak mengutuskan aku sebagai peniaga bahkan bukan juga sebagai petani. Sesungguhnya manusia paling buruk di hari kiamat adalah para peniaga dan petani kecuali orang yang menjaga agamanya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1803, hadis no. 9089. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((إن الله بعثني ملحمة ومرحمة، ولم يبعثني تاجرا، ولا زارعا، وإن شرار الناس يوم القيامة التجار، والزراعون، إلا من شح على دينه)). [ابن المظفر في ((حديث حاجب بن أركين))، ابن السماك في ((حديثه))، تمام، أبو محمد القاري في ((الفوائد))، عد، ابن عساكر، محمد بن الواحد المقدسي في ((المنتقى من حديثه))، ((الضعيفة)) (1570)]
(Munkar) Daripada Ibn Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah mengutuskan aku sebagai (nabi) peperangan dan rahmat. Dan Dia tidak mengutuskan aku sebagai peniaga bahkan bukan juga sebagai petani. Sesungguhnya manusia paling buruk di hari kiamat adalah para peniaga dan petani kecuali orang yang menjaga agamanya." [Riwayat Ibn al-Muzaffar dalam Hadis Hajib bin Arkin, Ibn al-Samak, Tamam, Abu Muhammad al-Qari dalam al-Fawaid, Ibn ‘Adi dalam al-Kamil fi al-Dاu’afa’, Ibn ‘Asakir dan Muhammad bin al-Wahid al-Maqdisi dalam al-Muntaqa. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1570]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman